Thursday, October 14, 2010

INI BUKAN SALAH AKU

Lama aku diam kan diri. Apa gunanya? Bersuara juga akan menjadi salah aku. Mendiamkan diri jugak,aku yang akan di salahkan tetapi mungkin agak kurang impaknya. Hurm. Tuhan sahaja yang tahu, apa yang terjadi ni, insyaAllah nanti akan ada hikmahnya. Bukanlah aku berdoa supaya cinta aku dibalas setimpal dengan perbuatan nya. Aku berdoa dan mengharapkan mungkin akan ada kebaikan nya di masa depan.

Bukan sekali, bukan sehari. Sudah 4 kali dan berhari-hari, air mata tak berhenti membasahi pipi aku. Bila tiba je malam, inilah yang aku lakukan. Hobi kekal aku dari dulu. Menangis dan lebih sadis lagi bila aku sengaja memainkan lagu-lagu yang sedih untuk mendorong perasaan sedih dan mula lah! Mula lahh. Mula lahh, aku akan menangis seperti budak kecil yang di tinggalkan ibunya. Agak keterlaluan gambaran aku, tetapi begitulah perasaan aku ketika ini.

Sakit hati. Memang dah lali aku dengan rasa seperti itu. Kalau sudah terlalu kerap berperasaan sakit hati, di hari-hari ini, bukanlah hati lagi menjadi sakit, malah jiwa yang bermain peranan. Kritikal, memang kritikal. Nak dirawat dengan ubat-ubatan, kalau boleh. Malangnya, tiada apa yang dapat merawat semua ini dengan sekelip mata. Perlukan masa. Tapi bagaimana luka itu boleh dirawat dengan masa jika dalam masa itu, terjadi juga perkara yang menyakitkan,melukakan,menyinggung hati perasaan dan jiwa. Jadi, janganlah menjanjikan waktu akan mengubat semuanya.

Berperasaan sayang. Bukan cuma diucapkan dari mulut ke telinga yang di cinta. Tapi juga perlu di bisik dari hati ke hati. Walaupun mustahil untuk kita dapat menyentuh hati seseorang tapi mencapainya mungkin agak mudah. Dan, menjaga mungkit lebih merumitkan. Belajar untuk menjaga diri, mengawal situasi, mengawal emosi, insyaAllah dapat mengawal hati yang sama berbagi, kata mereka. Tapi hakikatnya, jalan cerita cinta kita, bukan kita yang mengawalnya. Sayang sekali. Lalu apa yang kita lakukan? Membiarkan? Memutuskan? Aku tak mungkin dapat lakukan semua itu. Bukan senang untuk aku mendapatkan cinta nya, dan tak mungkin semudah ini aku akan melepaskan nya pergi.

Bersyukur. Kami masih ingat bahawa ini adalah dugaan dari NYA. Ujian yang mungkin dapat membuktikan betapa kami saling mencintai kerana masing-masing betah dengan keadaan sebaliknya dari kebiasaan.

0 comments:


Designed by
Blog Need Money | Distributed Deluxe Templates