Thursday, October 14, 2010

PERSINGGAHAN

Memang. Memang aku pernah bersinggah sebentar di hati lelaki lain. Tapi itu semasa aku masih naif. Masih bermain dengan perasaan yang belum cukup garam. Dan, dia juga pernah menumpang singgah di hati yang lain.

Kata orang, lebih terperinci, kata kakak, kalau orang itu benar-benar mencintai kita, tak mungkin dia akan tega membiarkan dirinya membalas segala perbuatan yang dilakukan oleh orang yag mereka cintai. Ini membuatkan aku berfikir. Itu dulu. Kini, sama-sama sudah merasakan sakit yang tak terungkap oleh dunia nyata. Kalau sudah ternyata persinggahan, tetap takkan lama. Pasti takkan lama.

Aku tak nak semua ini berulang lagi. Untuk nya, mungkin tiada kali kedua untuk perbuatannya sendiri. Yakin. Ya, memang aku yakin dengan dia. Salahkah aku yakin pada orang yang aku sayangi yang sekaligus kadang kala menjengkelkan aku? Mungkin ya, mungkin tidah. Ini aku, dan aku yakin dengan semua ini. Semua kata-kata ku.

Pernah aku di hina, dijadikan bahan ejekan, perbualan yang kurang menyenangkan oleh si persinggahan. Entah kenapa, amat bodoh untuk berkelakuan sedemikian sedangkan aku, tenang dan diam tak melawan begitu ketara. Walhal, itu salah kamu. Bukan langkah aku yang terkena paku. Tapi, kalau bukan kerana hal lama itu, hal lama ini, aku mungkin masih belum matang. Walaupun memang kini aku belum begitu matang, aku mengaku, aku cukup ilmu di dada untuk mengawal situasi berkomunikasi dengan wanita-wanita gila yang mental dan belum membuka mata menggunakan hati. Ya. Memang aku sedang merujuk kepada kamu, si persinggahan. Sekarang kau boleh menjilat tapak kaki jejak kau sendiri yang meninggalkan kesan sehingga ke kawasan aku ini. Mahu ketawa, tapi aneh pula. Meluahkan rasa marah pada teknologi, dan belum tentu dia membaca ini. Nanti kamu akan membaca nya juga.

Meneguk air, terasa sesak dada. Hati tak tentu. Mungkin aku perlu merehatkan minda. Tapi mungkin, aku takkan punya masa untuk itu semua.

0 comments:


Designed by
Blog Need Money | Distributed Deluxe Templates