Ada kawan aku pernah bagi nasihat : " Kerana 1 kesilapan, dapat menutup 1001 kebaikan seseorang "
Terdiam. Ya, memang betul apa yang kawan aku tu cakap sebab memang tu yang aku selalu rasakan dan alami. Aku selalu jugak rasa yang aku dah terlalu lemah and rasa nak give up tapi perasaan aku terlalu berat nak tinggalkan tapak tempat aku dah tanamkan hati aku jauh ke dalam tu. Dan dalam masa yang sama jugak, aku tak sedar sehingga kawan aku sendiri bagitau yang aku terlalu tabah and kuat mengharungi semua ni. Sebab kalau dia ada di tempat aku, mungkin dah bertahun yang lalu dia tinggalkan perjalanan tu walaupun sudah sejauh padang pasir dan seluas lautan yang dah di harungi, dia akan tinggalkan asalkan tidak merasakan perkara demikian hanyalah sia-sia.
Aku?? Aku buat semua ni kerana cinta. Kerana aku memang ikhlas.
Tak. Bukan aku cuba nak spekulasikan yang kawan aku tak ikhlas dengan cinta nya. Cuma mungkin belum pasti orang itulah orang yang dia sanggup hidup bermatian. Dan tak jugak aku bermegah nak berkata yang aku memberikan cinta sejati dan berjuang hidup mati. Aku manusia biasa yang pernah mempersendakan perkataan yang aku anggap remeh tu. Yang aku anggap hebat untuk dijadikan sebuah permainan yang banyak pesertanya. Dan mungkin ni jugak yang dikatakan karma, atau lebih mudah, balasan tuhan.
Setiap langkah dan setiap kata yang aku ucapkan, pasti ada kesilapannya dan tanpa aku sedari, hati aku akan terluka dan kemudian aku lemah. Lemah dan terus memujuk cinta supaya jangan pergi meninggalkan aku sendirian padahal tiada silap yang berlaku. Aku terlalu menjaga hati nya sehinggakan aku lupa hati aku juga perlu perhatian dan perlu aku jaga andai tiada yang mahu menjaganya.
Diam. Hati terasa terhenti seketika.
Thursday, October 14, 2010
KERANA CINTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment